Kelantan Mungkin Bawa Masuk Jurulatih Dari Korea
Dunia
Gambar Hiasan
Advertisements

Persoalan berkenaan ketua jurulatih baru Kelantan untuk musim 2023 masih belum terjawab dan desas-desus pemilik kelab, Norizam Tukiman (Zamsaham) bakal bawa masuk jurulatih dari Korea Selatan semakin menjadi kenyataan.

Sebelum ini Zamsaham secara terbuka bertanyakan berkenaan jurulatih dari Korea dan ianya menerima maklum balas baik dari penyokong.

Prestasi baik jurulatih dari Korea yang bertapak di Asia Tenggara memberikan maklum balas positif dan keterujaan penyokong Kelantan yang mahu melihat nafas baru untuk skuad The Red Warriors ini.

Advertisements

Terbaru sebentar tadi, Zamsaham dilihat menawarkan jawatan kosong pembantu peribadinya yang fasih berbahasa Korea dan ini boleh dikaitkan dengan persoalannya sebelum ini untuk membawa masuk jurulatih dari Korea.

Sebelum ini beberapa nama jurulatih tempatan disebut bakal menggantikan Rezal Zambery di antaranya adalah P. Maniam dan beberapa jurulatih tempatan lain namun Zamsaham juga terbuka untuk jurulatih dari luar negara.

Penyokong Kelantan sebelum ini mengaitkan Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo bakal hadir ke Kelantan namun khabar angin ini tidak cukup kuat memandangkan beliau sebelum ini pernah menafikan bakal ke Liga Malaysia.

Advertisements

Kelantan bakal berhadapan saingan lebih kuat untuk musim 2023 selepas mereka dinaikkan ke Liga Super dan bakal berhadapan pasukan jauh lebih kuat seperti JDT, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram