Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan kapten pasukan itu, Kylian Mbappe kembali cergas sepenuhnya menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 menentang Sepanyol.
Sebelum ini, ramai penyokong merasa bimbang dengan status Mbappe. Ini selepas beliau meletakkan pek ais pada kakinya selepas dikeluarkan dalam aksi suku akhir menentang Maghribi.
Apabila ditanya tentang keadaanya pada ketika itu, Mbappe memberi jaminan beliau tidak apa-apa dan kecederaan yang dialami tidak serius.
“Saya mengalami sedikit kecederaan pada bahagian buku lali tetapi saya tidak apa-apa,” katanya.
Kini, Deschamps memastikan segala spekulasi tentang status kecergasan Mbappe untuk aksi menentang La Roja berakhir menerusi kenyataan ini, “Kylian menunjukkan perkembangan baik.
“Beliau (mencapai tahap kecergasan) 100%. Kita tak boleh langkaui 100%, beliau memang (cergas) 100%,” katanya seperti dilaporkan Football360.
Bisa Mbappe cukup ditagih Perancis lebih-lebih lagi beliau juga penjaring terbanyak pasukan itu dalam Piala Dunia. Bintang Real Madrid itu turut berkongsi status penjaring terbanyak Piala Dunia dengan Lionel Messi menerusi lapan gol.