Advertising
Jurulatih Selangor Kesan Dua Punca Hilang 3 Mata
MakanBola
Selangor FC

Selangor terpaksa berpuas hati apabila sekali lagi berkongsi mata menentang Muangthong United FC.

Aksi kelima kumpulan bagi saingan AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Gergasi Merah terlepas peluang untuk melakar 3 mata di laman sendiri.

Ad

Jaringan awal Quentin Cheng berjaya dipadam oleh Felicio Brown pada babak kedua untuk menyaksikan kekalahan di laman sendiri terpaksa ditelan oleh Selangor.

Ad

Perkara ini disuarakan oleh pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi yang mula menerapkan identiti permainan dalam pasukan Selangor namun dikecewakan dengan permainan baik lawan.

“Pada separuh masa pertama, kita bermain secara 3-4-3 dan 5-4-1 dan sistem itu berjaya membantu kita untuk menjaringkan gol.

Ad

“Akan tetapi, kita dikecewakan dengan set-play dari Muangthong. Tidak mengapa, Selangor akan terus memperbaiki permainan set-play ini pada masa akan datang.

Ad

Selangor mengumpul 7 mata selepas 5 perlawanan dengan Muangthong United di tangga kedua dengan 8 mata tatkala penentuan ke pusingan seterusnya adalah pada aksi terakhir kumpulan.

Ad

Pengendali kelahiran Jepun ini jelas kecewa dengan beberapa percubaan yang dilakukan oleh anak buahnya yang tidak berupaya untuk memasuki gawang Muangthong United.

“Kita juga banyak melakukan percubaan yang terkena tiang tetapi kita tidak berlatih akan perkara itu.

“Ini adalah perbezaan yang ketara sama ada untuk meletakkan bola dalam gawang. Harapan saya adalah perlawanan selepas ini, kita dapat menjaringkan lebih banyak gol,” katanya selepas perlawanan.

Aksi seterusnya menyaksikan Selangor akan menentang DH Cebu di tempat lawan pada 5 Disember jam 6 petang.