Advertising
Jurulatih Shandong Taishan Bakal Dipecat Sebelum Hadapi JDT?
MakanBola
Shandong Taishan

Kedudukan jurulatih Shandong Taishan, Choi Kang-hee kini dalam bahaya menjelang aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Portal 163.com melaporkan jurulatih Korea Selatan itu berisiko dipecat susulan kegagalan Taishan Dui gagal berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Chinese Super League (CSL) musim 2024.

Ad

Juara dan naib juara CSL, Shanghai Port dan Shanghai Shenhua layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2025/26. Chengdu Rongcheng yang menduduki tempat ketiga akan mengharungi pusingan playoff ACLE.

Ad

Bekas juara CSL 2019, Beijing Guoan pula meraih tempat keempat. Ini memastikan pasukan itu layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2025/26.

Shandong tidak bernasib baik kerana menamatkan musim di tangga kelima. Selain itu, Shandong juga gagal meraih gelaran juara Chinese FA Cup apabila tewas kepada Shanghai Port di peringkat akhir.

Ad

Selepas perlawanan, Kang-hee tidak menyertai sidang media atas alasan merasa kurang sihat. Ini disusuli satu lagi laporan bahawa ejennya sudah tiba di Jinan untuk berunding berkenaan isu penamatan kontrak.

Ad

Seandainya Kang-hee dipecat, beberapa nama dilaporkan berada dalam radar pengurusan Shandong. Antara nama yang dicanang ialah Ricardo Soares, Toru Oniki, Peter Cklamovski dan Zheng Zhi.

Ad

Shandong bakal berdepan JDT untuk aksi ACLE seterusnya di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan pada 26 November ini.