Jaguh China, Shandong Taishan menanggung kekalahan sekaligus membuka peluang buat Johor Darul Ta’zim (JDT) menyinar.
Skuad kendalian Choi Kang-hee berdepan Shanghai Port pada aksi final Chinese FA Cup dalam misi meraih trofi pertama musim 2024.
Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila Shanghai Port berjaya melakar kemenangan 3-1 untuk membawa pulang trofi kedua.
Situasi semasa ini membolehkan hanya merekodkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir termasuklah tewas 4-2 kepada Pohang Steelers pada aksi keempat AFC Champions League Elite (ACLE).
Skuad Harimau Selatan pula memiliki cerita berbeza apabila cemerlang menundukkan KL Rovers bagi aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024.
Pasukan bimbingan Hector Bidoglio menang kesemua 5 perlawanan terakhir termasuklah ketika berdepan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0.
JDT juga memiliki pengalaman baik menentang wakil China apabila mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2 sebelum menewaskan Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Aksi antara Shandong Taishan vs JDT dijadualkan berlangsung pada 26 November 2024 jam 8 malam.