Jurulatih Ulsan Hyundai Buat Siasatan Khas Kaji Kemampuan Bergson Dan Forestieri
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Pengendali pasukan Ulsan Hyundai FC, Hong Myung Bo sedia untuk mengunci gandingan berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri menjelang pertemuan petang ini.

Beliau tidak mahu anak-anak buahnya mengulangi kesilapan lalu selepas keampuhan jentera serangan pasukan yang menyebabkan pasukannya terlepas peluang meraih 3 mata.

Tambahnya lagi, para pemainnya sudah dibekalkan dengan pelan dan taktikal yang lebih rapi setelah berjaya mengenal pasti kemampuan Harimau Selatan berdasarkan perlawanan sebelumnya.

Advertisements

‘Bergson dan Forestieri bukanlah calang-calang, mereka pemain berkualiti tinggi. Memandangkan mereka pernah meledak gol ketika menentang kami, pasti timbul keyakinan untuk mengulangi kejayaan itu.’

‘Oleh itu, kita perlu lebih bersedia untuk mematikan pergerakan mereka dan tidak memberikan ruang untuk berleluasa.’

Myung Bo mengakui bahawa persiapan pasukan berjalan dengan lancar dan memastikan tiada sebarang kesilapan mudah untuk memberi ruang kepada JDT menjaringkan gol.

Advertisements

‘Kita perlu belajar daripada perlawanan dahulu dan tidak boleh melakukan kesilapan sama. Ulsan Hyundai akan tampil lebih bersedia untuk menghadapi mereka esok,’ katanya pada sidang akhbar semalam.

Mereka sudah pasti akan berusaha untuk memungut 3 mata penuh sekaligus layak ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram