Jurulatih Ulsan Terkilan Tak Dapat Berlatih Di Padang SSI
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo akui terkilan kerana pasukannya tidak diberi peluang untuk turun berlatih di Stadium Sultan Ibrahim.

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi venue bagi perlawanan yang membabitkan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai pada esok. Aksi terakhir peringkat Kumpulan I itu dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang.

Hong Myung Bo menjelaskan rumput yang digunakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos adalah berbeza dengan rumput di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

“Rumput Stadium Sultan Ibrahim berbeza dengan tempat latihan kami dan juga Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.”

Pengendali berusia 53 tahun itu amat kecewa dengan keputusan AFC yang menolak permintaan pasukannya untuk membuat sesi latihan selama satu jam di SSI. Keputusan itu dibuat atas faktor ingin menjaga kualiti padang sebelum perlawanan bermula

“Kami cuma mahukan sesi latihan rasmi untuk satu jam (di Stadium Sultan Ibrahim) sebelum perlawanan (esok), tetapi tidak dapat peluang itu dari AFC, dan mereka menolaknya kerana keadaan padang, kami amat kecewa,” ujar Myung Bo pada sidang media praperlawanan kepada Bernama.

Advertisements

Bagaimanapun jurulatih dari Korea Selatan itu menganggap perkara itu bukanlah alasan untuk pasukannya tidak bersemangat untuk bertemu JDT. Beliau mahu anak buahnya terus mempamerkan aksi terbaik dan bermain bersungguh-sungguh menjelang perlawanan esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram