Justin Hubner Bertemu Pemain Berbakat Malaysia Di Wolves
EPL
AFL
Advertisements

Pada Februari lalu, 12 pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga Bolasepak Amatur (AFL) terpilih menjalani program Dare to Dream bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada projek Wolves Golden Chance, satu inisiatif sukan antarabangsa yang diusahakan kelab EPL itu.

Projek ini bertujuan membantu atlet muda dari seluruh dunia untuk mengalami pengalaman bola sepak yang unik dan mampu mengubah kehidupan mereka.

Advertisements

Antara pemain yang menerima manfaat program tersebut ialah pemain muda Singapura, Harry Birtwistle. Khidmatnya disambar Wolves semasa kelab itu mengadakan sesi pemilihan di Singapura.

Kolaborasi AFL dan Wolves dengan kerjasama MBSB Bank menyaksikan jurulatih-jurulatih pasukan dari Black Country itu memimpin sesi pemilihan membabitkan 80 pemain di Kuala Lumpur pada November lalu.

Daripada 80 pemain AFL yang menyertai sesi pemilihan tersebut, 12 pemain bertuah terpilih menyertai program Dare to Dream.

Advertisements

Menerusi program ini, 12 pemain berkenaan yang turut disertai legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berpeluang menjalani sesi latihan dan bimbingan bersama jurulatih Wolves di Pusat Latihan Sir Jack Hayward di Compton Park.

12 pemain yang terpilih ialah:

  1. Muhamad Ikmal Mohd Idris (KL Rovers / Penyerang)
  2. Muhamad Rafie Mat Yaacob (KL Rovers / Penyerang)
  3. Muhamad Rafie Kamaruzzaman (Imigresen FC / Pertahanan)
  4. Muhammad Hazim Abu Zaid (Imigresen FC / Pemain Tengah)
  5. Izzat Abd. Rahim (PIB Shah Alam FC / Penjaga Gol)
  6. Shahrul Igwan Samsudin (PIB Shah Alam FC / Pertahanan)
  7. Muhamad Aizat Safuan Razali (Manjung City FC / Pemain Tengah)
  8. Wan Muhammad Izzat Wan Zaidi (Manjung City FC / Pertahanan)
  9. Muhammad Darwisy Abdullah (Malaysian University / Pemain Tengah)
  10. Muhammad Fathullah Fazilisham (Naga Ultimate KS FC / Pemain Tengah)
  11. Pengiran Mohamad Ilham (UiTM United / Pertahanan)
  12. Zikry Bin Mohd Hafis (UiTM United / Pemain Tengah)

Selain berpeluang berlatih di pusat latihan bertaraf tinggi di Compton Park, 12 pemain ini turut berpeluang bertemu dengan dua pemain Wolves dari Asia, Hwang Hee-chan (Korea Selatan) dan Justin Hubner (Indonesia).

Advertisements

Sesi pertemuan itu menyaksikan Hee-chan dan Hubner memberi kata-kata semangat kepada pemain sebelum sesi latihan bermula.

Mereka juga berpeluang menyertai perlawanan persahabatan dengan kelab Wales, The New Saints FC sepanjang berada di England.

Delegasi Dare to Dream turut dibawa meninjau dua stadium EPL iaitu Molineux (Wolves) dan Old Trafford (Manchester United).

Advertisements

Pengalaman berharga yang ditimba barisan pemain dan jurulatih sepanjang bersama Wolves dijangka meningkatkan tahap Liga A1 Semi Pro ke tahap berbeza apabila liga bermula pada Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram