Juventus Dah Tak Tahan Dengan Pogba
Dunia
LiveScore
Advertisements

Selepas berhijrah ke Juventus musim ini, ramai penyokong mengharapkan kehadiran Paul Pogba dapat menjadikan Bianconeri lebih kuat musim ini. Tetapi dengan pelbagai masalah kecederaan yang dialaminya, La Vecchia Signora sudah mula menimbang untuk menjual atau melepaskannya pada akhir musim ini.

Pogba, 29, kembali ke Stadium Juventus menerusi perpindahan percuma musim panas lepas dengan kontrak selama empat tahun bernilai £7 juta (RM36.5 juta).

Bekas pemain akademi Manchester United itu pernah menghabiskan empat tahun dengan La Vecchia Signora sebelum menyertai Red Devils dengan harga £89.3 juta (RM466 juta) pada 2016.

Advertisements

Tetapi malangnya, pemain tengah Perancis itu langsung tidak membuat sebarang penampilan musim ini disebabkan kecederaan lutut berpanjangan yang dialaminya.

Penyokong Bianconeri bukan sekali panas hati dengan perangai bekas pemain tengah Manchester United itu. Ini kerana mereka merasakan Pogba lebih berminat menjadi pempengaruh (influencer) daripada menjaga tahap kecergasannya.

Malah, hubungan Pogba dengan kelab juga renggang selepas bermain tarik tali tentang kecederaan lututnya. Pada awalnya, dia enggan menjalani pembedahan lutut kerana bimbang terlepas beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar bersama Perancis.

Advertisements

Tetapi pada akhirnya, Pogba mengubah fikiran dan menjalani pembedahan tersebut. Akibatnya, dia bukan saja terlepas menyertai skuad kebangsaan Les Bleus tetapi memusnahkan kepercayaan yang dibina dengan kelab dan penyokong.

Bianconeri kini sedang menimbang semua pilihan tentang Pogba. Selain menjualnya pada akhir musim, Juventus juga turut menimbang membatalkan kontraknya terus bagi menjimatkan kos kewangan yang ditanggung mereka.

Ini kerana kelab dikenakan pemotongan 15 mata atas kesalahan kewangan termasuk penipuan dari segi perakaunan. Ini meletakkan Bianconeri kini di kedudukan ke-13 Serie A dengan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah sukar dicapai.

Advertisements

Sekiranya Pogba dijual, ramai menjangkakan MLS sebagai destinasi terbarunya. Ini kerana kelab-kelab MLS pasti berminat untuk merekrutnya sebagai pemain import berharga yang boleh memperkuat pasukan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram