K. Devan Dijangka Kekal Bersama Negeri Sembilan
Transfer
NSFC
Advertisements

Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan bakal kekal bersama pasukan itu untuk musim hadapan.

Perkara ini didedahkan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman menerusi satu ciapan di X hari ini.

Sebelum ini, Devan dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu pada akhir musim kerana menerima tawaran daripada pasukan lain.

Advertisements

Susulan itu, beberapa nama dicanang sebagai pengganti beliau seperti Datuk Zainal Abidin Hassan, Ishak Kunju dan Wan Rohaimi Wan Ismail.

Dengan perkhabaran terbaru ini, Devan bakal diberi kepercayaan memimpin skuad Rusa itu untuk musim keempat.

Ini disebabkan pengurusan pasukan dilaporkan berpuas hati dengan prestasi skuad Hoben Jang Hoben walaupun dengan bajet yang rendah. Ini termasuk kejayaan berada dalam kedudukan 10 teratas Liga Super musim ini.

Advertisements

Devan sebelum ini membantu Negeri Sembilan mencipta kejutan menduduki tempat keempat liga pada musim 2022 selepas layak dari Liga Perdana pada 2021..

Negeri Sembilan bakal menamatkan kempen Liga Super musim 2023 dengan turun menentang Kuching City FC pada 17 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram