Advertisements
K. Devan Resah Dengan Ketumpulan Serangan Negeri Sembilan
Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan resah dengan ketumpulan bahagian serangan pasukan itu selepas tewas 1-0 kepada Perak FC semalam.

Ini kerana mereka mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal melakukannya. Ini termasuk percubaan Izzuddin Roslan yang gagal menembusi jaring The Bos Gaurus pada minit ke-88.

Hal ini merugikan Negeri Sembilan kerana mereka gagal mengutip tiga mata di gelanggang sendiri. Dan ini sesuatu yang perlu diatasi skuad Rusa sekiranya mereka mahu menamatkan kemarau kemenangan yang berlangsung sejak pertengahan Mei lalu.

“Saya rasa perlawanan yang dianggap rapat (untuk kedua-dua pasukan) lah. Dan saya rasa kita kehilangan tiga mata. Kalau kita tengok sepanjang 90 minit, kita ada peluang menjaringkan gol (tapi) kita gagal jaringkan gol.

“Saya tak nampak Sikh (Izhan Nazrel) ada percubaan-percubaan bahaya dari Perak tapi mereka dapat jaringkan satu gol. Saya kena tengok video untuk lihat persefahaman pertahanan dengan penjaga gol.

“Dan bagi saya, selepas kita kehilangan Casa (Casagrande) dan Mark (Herold Goulon), memang susah lagi.

“Tetapi pemain-pemain muda kita yang masuk pada babak kedua, mereka telah bermain bersungguh-sungguh dan ada peluang menjaringkan gol tetapi kita gagal jaringkan gol hari ini,” katanya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Kekalahan semalam merupakan kekalahan keempat berturut-turut dialami skuad Rusa. Dan tugas mereka bertambah sukar pada 28 Oktober ini kerana mereka bakal turun menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tempat lawan.