UCL 2021/22: 2 Kad Merah Hiasi Pertembungan Celtic dan Midtjylland
Eropah
Foto BBC Sports TV
Advertisements

Pertembungan gergasi Scotland Celtic dan Midtjylland dalam perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan keputusan seri 1-1 menerusi jaringan Liel Abada dan Evander.

Celtic bermula baik menerusi jaringan Liel Abada pada minit ke-39 menerusi sepakan derasnya setelah bola muntah pada percubaan pertama Ryan Christie berjaya ditepis penjaga gawang Midtjylland, Jonas Lössl.

Kenaifan Nir Bitton yang memberikan reaksi berlebihan setelah pengadil mengesan aksi lakonan Anders Dreyer pada minit ke-44 menghukum dirinya sendiri setelah beliau diberikan kad kuning yang kedua.

Advertisements

15 minit selepas babak masa kedua bersambung, Anders Drayer dilayangkan kad merah sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.

Midtjylland memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Celtic dan akhirnya berjaya memperoleh jaringan pernyamaan pada minit ke-66 melalui sepakan percuma pemain muda Brazil, Evander.

Celtic bakal bertandang ke MCH Arena untuk aksi timbal balik ke-2 Kelayakan Liga Juara-Juara UEFA pada 29 Julai, Khamis jam 1:45 pagi waktu Malaysia.

Advertisements

Dion Johan Cools berada dalam senarai akhir pemain untuk aksi ini namun beliau tidak diturunkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram