Kalamullah Al-Hafiz Jadi Buruan Tiga Kelab
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kecemerlangan penjaga gol Petaling Jaya City FC (PJ City), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi musim ini menjadikan beliau kini menjadi buruan sekurang-kurangnya tiga kelab untuk saingan Liga Super musim hadapan.

Difahamkan khidmat Kalamullah diburu pasukan Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam satu ciapan di laman twitter miliknya.

Berita perpindahan Kalamullah ke pasukan lain dikuatkan lagi dengan desas-desus yang mengatakan pasukannya, PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan. Namun begitu, masih tiada pengesahan dan kenyataan rasmi daripada pihak PJ City mengenai berita tersebut.

Advertisements

Kalamullah, 27, merupakan penjaga gol utama pasukan PJ City sejak musim Liga Super 2020 lagi. Kecemerlangan beliau musim ini telah menarik perhatian jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyenaraikan anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu sebagai salah seorang penjaga gol skuad Harimau Malaya.

Untuk musim ini, Kalamullah memberi bayangan bahawa tempat beliau selaku penjaga gol utama PJ City tidak boleh diganggu-gugat. Kalamullah hanya terlepas satu perlawanan Liga Super sahaja dengan beliau diturunkan pada 21 baki perlawanan. Beliau mengumpul 1890 minit permainan keseluruhan dan mencatatkan 9 clean sheet.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram