Advertisements
“Kalau Dia Nak Balik Apa Salahnya?” -Pengerusi Perak
Dunia
MakanBola
Luqmansham & Perak FC

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa Luqman Hakim pulang ke Malaysia.

Beliau kini dalam perbicangan bersama ketua jurulatih pasukan, Lim Teong Kim untuk merangka pelan buat pasukan setelah mendapat tempat ke Liga Super musim hadapan.

Kemasukan Teong Kim untuk membimbing The Bos Gaurus dilihat bakal memberi impak yang cukup besar buat pasukan sambil tidak menolak kemungkinan untuk turut membawa pemain kelahiran Kota Bharu itu ke bumi Perak.

Malah, beliau merasakan bahawa kepulangan pemain yang kini beraksi di Belgium bersama KV Kortrijk ini bakal memberi impak yang cukup besar buat Liga Malaysia.

“Saya merasakan kepulangan Luqman akan memberikan impak yang besar bukan hanya kepada pasukan malah kepada saingan Liga Super.”

“Ia adalah langkah yang sama seperti membawa pulang Teong Kim untuk mengendalikan Perak,” jelasnya oleh Astro Awani.

Luqman kini berusaha keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama KV Kortrijk namun lebih kerap diturunkan bersama pasukan bawah 21 tahun di sana.

Malah, sebelum ini terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Kelantan turut menunjukkan minat untuk memberi ruang kepada anak negeri kelahiran itu untuk pulang beraksi bersama mereka.

Kepulangan semula bersama bekas jurulatihnya, Lim Teong Kim dianggap sebagai salah satu faktor besar sekiranya pemain itu membuat keputusan untuk pulang beraksi di Malaysia.