“Kami Dah Jumpa Rumah Di Kota Kinabalu” – Darren Lok
Dunia
Darren Lok 14
Advertisements

Penyerang sensasi Harimau Malaya, Darren Lok memaklumkan bahawa beliau dan isteri sudahpun berpindah dan kini menetap di Kota Kinabalu. 

Selepas secara sah diumumkan sebagai pemain Sabah FC musim depan, Darren Lok terus mengambil keputusan untuk menetap di Sabah.

Sebelum ini telah tular beberapa hantaran di laman Facebook isterinya, Abigail yang mencari rumah sewa di sekitar Kota Kinabalu. 

Advertisements

Darren dalam satu hantaran hari ini telah menyatakan keterujaan dapat berpindah ke Negeri Di Bawah Bayu. Beliau juga dilihat sudah tidak sabar untuk turun beraksi bersama skuad ‘The Rhinos’.

“Hi semua, kami sudah jumpa rumah di KK (Kota Kinabalu). Terima kasih Abigail,” ujar Darren sambil berseloroh. 

“Sudah tidak sabar untuk beraksi bersama Sabah FC, musim depan,” tambah Darren Lok.

Advertisements

Dalam pada itu, pemain berusia 31 tahun ini turut dipilih Kim Pan-gon bagi memantapkan kubu serangan Harimau Malaya. Beliau bakal turun dalam dua perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan sebelum menggalas cabaran negara di pentas Piala AFF.

Malaysia bakal berdepan Kemboja dan Maldives bagi perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 dan 14 Disember kelak. Kejohanan Piala AFF pula menyaksikan Malaysia akan turun dalam perlawanan pertama menentang pasukan Myanmar pada Rabu, 21 Disember 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram