Kapten Terengganu, Habib Haroon bertekad mahu membantu Terengganu melayakkan diri ke peringkat kalah mati saingan Piala AFC.
Pemain tengah pasukan itu mengakui cabaran besar menanti Terengganu untuk perlawanan menentang Stallion Laguna dalam meraih 3 mata berharga.
“Ya, hari ini seperti yang jurulatih katakan, hari baru, cabaran baru. Kita berada di sini untuk melayakkan diri dari peringkat kumpulan. Seperti jurulatih saya katakan, setiap perlawanan ialah perlawanan final. Perlawanan ini sukar jadi kita mahu dapatkan tiga mata esok Insya Allah.” ujar Habib Haroon kepada sidang media.
Habib Haroon juga berpadangan keputusan seri sewaktu bermain di laman sendiri tempoh hari menjadi pengajaran buat pasukan Terengganu dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pihak lawan.
“Setiap pasukan mahukan kemenangan. Kami cuba memahami corak permainan mereka dan berdasarkan aksi pertama tempoh hari dan kami tahu bagaimana mereka bermain. Setiap perlawanan amat penting dan kami mahu berikan yang terbaik diatas padang untuk esok.” tambahnya lagi.
Terengganu yang berada ditangga kedua kumpulan G kini dalam misi melayakkan diri dari peringkat kumpulan setelah mengumpul 5 mata dalam 3 perlawanan.
Berbeza 1 mata dengan pasukan Central Coast Mariner, Terengganu berpeluang merapatkan jurang mata jika berjaya mengalahkan pasukan Stallion Laguna dalam aksi keempat peringkat kumpulan.