“Kami Tahu Cara Kekang Mereka” – Dion Cools
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan tengah negara, Dion Cools yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya menjelang aksi terkahir kumpulan AFC Asian Cup berdepan Korea Selatan.

Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa beliau sedar dengan kualiti yang dimiliki pemain-pemain lawan dan percaya mampu untuk mengekang asakan mereka.

“Kita semua tahu mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti tetapi pada akhirnya, ini adalah sukan berpasukan.”

Advertisements

“Kami tahu cara untuk kekang mereka, jadi semua akan baik-baik sahaja,” katanya dengan nada tenang.

Pemain Buriram United itu juga mahu menghadiahkan keputusan positif buat para peminat negara yang menonton baik di rumah mahu pun di stadium.

“Kami sebagai satu pasukan mahu membanggakan negara dengan beri yang terbaik dan mempamerkan aksi cemerlang.”

Advertisements

“Mari berharap kita dapat lakukan sesuatu (pada perlawanan esok)”, tambahnya lagi.

Dion Cools dan rakan sepasukan dijadualkan turun dengan misi mengecewakan juara Piala Asia dua kali, Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan E pada Khamis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram