Advertisements
“Kami Tiru Apa Yang Sabah Buat” – Bernardo Tavares
AFC Cup
MakanBola
PSM Makassar

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares memuji aksi anak buahnya yang menewaskan Sabah di Likas walaupun pasukannya kekal tersingkir dalam Piala AFC.

“Saya gembira dengan keputusan ini. saya rasa kami mencipta lebih 2 atau 3 peluang untuk jaringkan gol untuk babak pertama dan babak kedua.”

“Penting untuk jaringkan gol awal dan kami buat apa yang Sabah buat terhadap kami dalam perlawanan lalu.”

“Sabah jaringkan gol awal dan menguasai perlawanan. Harini kami ada banyak peluang pada babak pertama tetapi hantaran akhir kami tidak terlalu bagus.”

“Namun saya tetap gembira kerana kami buktikan kemampuan kami untuk memenangi aksi ini.” ujar Bernardo Tavares setelah tamat perlawanan.

Kecederaan beberapa pemain juga memaksa jurulatih ini untuk menurunkan pemain muda pada babak kedua perlawanan.

“Saya berbangga kami mampu menang menentang pasukan lebih kuat, lebih banyak bajet berbanding kami dan saya harap ini menjadi motivasi kepada para penyokong”

“Para pemain tidak mahu menutup aksi terakhir Piala AFC dengan perkara buruk. Aksi kami menentang Sabah di Bali tidak bagus dan kami ingin tunjukkan kelainan.” jelasnya.

Jurulatih itu juga mengakui kepincangan dalam pengurusan jadual pasukan sedikit merencatkan aksi mereka dalam saingan Piala AFC.

“Mungkin jika kami melakukan perubahan untuk aksi pertama, kami akan bermain dengan berbeza ketika melawan Sabah dan mungkin kami boleh bercerita tentang melayakkan diri ke peringkat kalah mati Piala AFC.”

“Namun saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sabah kerana menjadi pendahulu kumpulan dan melepasi peringkat kumpulan ini.” tambahnya lagi.

“Ini pasukan kami yang kebiasaannya mempunyai ramai pemain muda kerana kami berbeza dengan kelab Indonesia yang lain. Kami tak ada peluang seperti kelab lain yang mampu berbelanja mendapatkan pemain.”

“Musim ini sukar bagi kami. Saya mahu dedikasikan 3 mata ini bukan sahaja untuk pemain tetapi untuk penyokong PSM Makassar yang banyak berkorban untuk pasukan ini.” katanya dalam sidang media.