Kaoru Mitoma Hadapi Laluan Sukar Ke Barcelona
Eropah
Brighton and Hove Albion
Advertisements

Hasrat untuk melihat bintang Jepun, Kaoru Mitoma menyertai Barcelona kini seakan sukar untuk direalisasikan.

Menurut Transfer News Live, kelab gergasi La Liga, Barcelona sedang dalam usaha untuk menajamkan jentera serangan dengan cara menandatangani pemain sayap kiri baharu.

Antara pemain yang menjadi sasaran juara La Liga itu adalah Gabriel Martinelli, Khvicha Kvaratskhelia dan juga Mitoma yang sedang bersama Brighton and Hove Albion.

Advertisements

”Barcelona mahu membawa masuk pemain sayap kiri pada musim panas dan memantau Gabriel Martinelli, Kaoru Mitoma, dan Khvicha Kvaratskhelia”, tulis Transfer News Live di laman X.

Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu pernah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Sepanyol itu dan beberapa kelab sekitar Eropah seperti Manchester United.

Namun, kini peluang untuk melihat Mitoma menyarung jersi The Catalans sedikit tipis setelah Barcelona juga mengintai beberapa pemain lain sepertu pemain Arsenal, Martinelli dan Kvaratskhelia dari Napoli.

Advertisements

Barcelona kini menduduki tangga ketiga La Liga dengan 51 mata daripada 24 perlawanan, 10 mata ketinggalan di belakang seteru utama, Real Madrid yang sedang memimpin liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram