Kapten Oman, Mohammed Al-Musalami mengakui bahwa perlawanan menentang Malaysia bukan satu tugas mudah.
Beliau percaya kemenangan yang kecapi ini adalah hasil tanggungjawab daripada setiap orang dalam pasukan. Semua pemain bekerjasama dengan baik.
“Saya mengucapkan tahniah kepada peminat Oman atas kemenangan itu. Perlawanan yang sukar dan ia tidak mudah sama sekali.
“Sebagai pemain, kami mengambil tanggungjawab untuk perlawanan dari awal. Jurulatih ada bersama kami sebentar tadi dan kami mengikut semua arahan,” kata Kapten Oman dalam sidang media tamat perlawanan AFC.
Dalam pada itu, Al Musalami berusia 33 tahun ini sangat gembira beliau diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan sekaligus memberikan impak positif kepada pasukan.
Tidak lupa juga pada peminat, pemain pertahanan Oman ini mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan mereka layak untuk menyambut kemenangan ini.
“Perlawanan hari ini penting dan penuh nasib. Kerja hebat menanti kita di peringkat seterusnya. Saya amat berbangga menjadi kapten pasukan kebangsaan. Peminat kami berhak mendapat kemenangan dan kegembiraan ini,” katanya.
Selepas ini, Oman bakal bertandang di Stadium Bukit Jalil bagi perlawanan timbal balik pusingan kedua peringkat kumpulan D pada 26 Mac ini.