Advertising
Karier Frank Bernhardt Kembali Bernyawa
MakanBola
TRW Kelantan FC

Karier bekas pengendali skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Frank Bernhardt kembali bernyawa selepas meraih dua kemenangan berturut-turut bersama kelab barunya.

Selepas meninggalkan Kelantan FC pada Jun 2023, Bernhardt tidak melatih mana-mana pasukan sehingga awal Februari lalu yang mana menyaksikan beliau dilantik menjadi jurulatih kelab Myanmar, Yangon United.

Bersama Yangon United, Berhardt telah membawa pasukan barunya itu untuk meraih dua kemenangan besar berturut-turut dalam saingan Piala Liga Bolasepak Kebangsaan Myanmar (Piala MNL).

Ad

Dalam aksi pertama Yangon United berjaya menewaskan Shwe Pyi Thar United dengan keputusan 7-0. Manakala pada aksi kedua, Yangon telah menumbangkan University FC dengan keputusan 4-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Yangon United FC (@yangonunited)

Dua kemenangan berturut-turut yang diraih Yangon United sudah pasti dapat mencerahkan peluang pasukan itu mara ke pusingan separuh akhir Piala MNL 2024.

Ad
Ad

Untuk rekod, Yangon United merupakan juara bertahan Piala MNL selepas berjaya menjulang piala tersebut pada edisi 2019 dan 2018. Jika Yangon berjaya memenanginya untuk musim 2024, ianya menjadi kejuaraan hatrik buat kelab gergasi Myanmar itu.

Ad