Karim Benzema Semakin Hampir Ikut Jejak Cristiano Ronaldo
Eropah
Goal.com
Advertisements

Penyerang berbisa Real Madrid, Karim Benzema dilihat semakin hampir meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu apabila dikhabarkan bakal berhijrah ke kelab yang baru sahaja ditabalkan sebagai juara Liga Arab Saudi, Al-Ittihad.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal dunia, Fabrizio Romano melalui satu ciapan di Twitter beliau. Fabrizio berkata, Benzema bakal berjumpa dengan pengarah Real Madrid, Florentino Perez bagi membincangkan mengenai perpindahan tersebut.

“Karim Benzema akan bercakap sekali lagi dengan lembaga pengarah dan presiden Real Madrid Florentino Pérez pada hari Khamis. Al-Ittihad merasakan mereka telah melakukan tawaran terbaik mereka untuk menggoda Karim,” kongsi Fabrizio Romano di Twitter.

Advertisements

Jika perpindahan ini berjaya direalisasikan, ini bermakna Benzema bakal bersaing dengan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang kini menyarung jersi, Al-Nassr yang menjadi naib juara liga di bawah Al-Ittihad.

Sebelum ini telah tular di media mengenai tawaran lumayan Al-Ittihad kepada Karim Benzema. Al-Ittihad dikatakan telah menawarkan kontrak dua tahun yang lumayan kepada Benzema. Kontrak tersebut dianggarkan bernilai 400 juta euro.

Selain itu, Benzema juga difahamkan akan menjadi duta kepada Arab Saudi dalam usaha negara tersebut membuat bidaan bagi menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Dunia 2030.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram