Advertisement
Katsuhito Kinoshi Sudah Ada Bayangan Pemain Hadapi KL City
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi memberi bayangan 11 pemain yang bakal diturunkan berdepan KL City dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Selangor turun beraksi di laman sendiri dengan momentum terbaik apabila meraih kemenangan berturut-turut dalam 5 aksi terakhir termasuklah menewaskan Kelantan DN sebelum ini.

Manakala KL City pastinya mahu bangkit selepas tumpas di tangan Lion City Sailors dalam saingan Shopee Cup selain disingkirkan oleh Johor Darul (JDT) dari aksi Piala Malaysia.

Menurut Kinoshi, setiap aksi memiliki perancangan tersendiri namun beliau enggan memberitahu nama mereka yang akan turun kerana percaya setiap pemain mempunyai peluang.

”Pelan tetap pelan tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa yang akan bermain dan siapa yang tidak,” komen Kinoshi kepada pihak Selangor FC.

“Saya percaya semua pemain mempunyai peluang untuk turun bermain,” tambah bekas pembantu jurulatih Serbia itu lagi.

Walau bagaimanapun, Kinoshi sudah pun memiliki bayangan kesebelasan utama untuk aksi berdepan KL City pada Ahad dan akan membuat keputusan sebelum perlawanab bermula.

”Ya, saya sudah ada (bayangan kesebelasan utama) tetapi belum diputuskan 100% lagi, dalam 95%,” ulas Kinoshi.

Aksi Selangor vs KL City akan berlangsung pada Ahad, 12 Januari di Stadium MBPJ dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 5.15 petang.