Pertembungan antara Selangor vs KL City dalam aksi Liga Super bakal jadi tumpuan dengan rekod pertemuan yang mencetuskan perhatian.
Saingan Liga Super minggu ke-18 bermula pada Jumaat lalu dengan Kedah mencatat kemenangan tipis ke atas Kelantan DN tatkala Negeri Sembilan bangkit atasi Sri Pahang di Paroi.
Sementara, Kuching City berjaya mencuri 3 mata dari PDRM di Selayang dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim berpesta gol tumpaskan Sabah dalam aksi menarik di Iskandar Puteri.
Tumpuan peminat minggu ini pastinya terarah kepada Derbi Lembah Klang antara pasukan Selangor menentang KL City di Kelana Jaya pada petang Ahad.
Dalam 5 pertemuan terakhir, Selangor telah merekodkan 3 kemenangan, satu keputusan seri dan juga satu kekalahan kepada KL City dengan 4 daripadanya dalam aksi Liga Super.
Selangor mencatatkan 3 kemenangan dalam dua aksi Liga Super pada musim 2023 dan saingan Piala FA 2022 yang mana perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0, 3-1 dan 1-0.
Sementara itu, KL City meraih kemenangan ke atas Selangor dalam pertemuan terakhir dalam aksi Liga Super 2024/2025 apabila Jovan Motika muncul wira The City Boys dengan gol tunggal.
Satu-satunya keputusan seri yang dicapai dalam 5 aksi lalu berlaku di pentas Liga Super 2022 apabila Selangor dan KL City terikat 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Aksi Selangor vs KL City akan berlangsung pada Ahad, 12 Januari di Stadium MBPJ dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 5.15 petang.