“Kau Datang Naik Bot Ke” – Ronaldo
Dunia
Football Daily
Advertisements

Pelbagai spekulasi timbul mengenai hubungan antara kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo dengan bintang Manchester United, Bruno Fernandes.

Masa depan bintang terkemuka dunia itu mendapat perhatian apabila beliau melakukan satu temubual bersama wartawan terkenal, Pears Morgan.

Beliau dilihat sudah tawar hati dengan The Red Devils dan hubungan tegang dengan ketua jurulatih, Erik Ten Hag mengeruhkan lagi keadaan.

Advertisements

Kini, Ronaldo dan rakan-rakan sedang mempersiapkan pasukan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar tidak lama lagi.

Namun begitu, tular rakaman ketika Bruno memasuki ruangan persalinan pasukan dan menunjukkan reaksi kurang senang terhadap rakan sepasukannya itu.

Hal ini telah pun dijelaskan oleh rakan sepasukan mereka, Joao Mario yang menyatakan hubungan mereka ini sebenarnya baik-baik sahaja.

Advertisements

“Itu hanyalah lawak antara mereka. Bruno ialah orang yang terakhir hadir ke kem dan Cristiano bertanya kepadanya, ‘Adakah kau datang dengan bot’,” jelasnya.

Bekas bintang Real Madrid ini beraksi dalam edisi kelima Piala Dunianya selain mahu memanfaatkan peluang untuk menjulang trofi berprestij tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram