Kawasaki Frontale Mandi Peluh Tewaskan BG Pathum United
Asia
Thai League Central
Advertisements

Kawasaki Frontale memulakan aksi Cabaran Asia Liga-J 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan BG Pathum United 3-1 di Stadium BG.

The Rabbits hampir-hampir mengejutkan Azzuro Nero menerusi percubaan lambung ke arah pintu gol lawan seawal minit pertama tetapi tidak mengenai sasaran.

Peluang terbaik perlawanan hadir menerusi gerakan pemain sayap Frontale, Ten Miyagi pada minit ke-16 tetapi percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol BG Pathum, Kittipong Phuthawchueak.

Advertisements

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan seri 0-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Frontale akhirnya di depan menerusi tandukan Kei Chinen pada minit ke-57 selepas menyudahkan hantaran Daiya Tono.

Bagaimanapun, enam minit selepas itu, The Rabbits mengikat kedudukan 1-1 menerusi pemain import dari Brazil, Conrado.

Advertisements

Tetapi seminit kemudian, Azzuro Nero kembali di hadapan menerusi jaringan jarak jauh Kento Tachibanada.

Frontale kemudiannya dipaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Kazuya Yamamura dibuang padang akibat menghalang Conrado dari menjaringkan gol.

Di sebalik semua itu, Azzuro Nero melebarkan jaringan menerusi gerakan solo Marcinho pada minit ke-74.

Advertisements

The Rabbits cuba mengejar tetapi kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Frontale bakal berdepan Hokkaido Consadole Sapporo di Stadium Thunderdome, Muangthong untuk perlawanan ketiga dan terakhir Cabaran Asia Liga-J pada 15 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram