Kawasaki Frontale Masih Perlukan Chanatip Songkrasin
Asia
MakanBola
Chanatip Songkrasin
Advertisements

Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale difahamkan masih memerlukan khidmat bintang Thailand, Chanatip Songkrasin.

Memetik laporan daripada Mainstand, Kawasaki Frontale tiada perancangan untuk melepaskan atau menghantar Chanatip ke kelab lain sebagai pemain pinjaman. 

Advertisements

Sebelum ini, nasib Chanatip mula menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan dalam skuad utama dalam dua perlawanan awal pembukaan saingan Liga 1 Jepun.

Kawasaki Frontale turut menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada perancangan mereka.

Advertisements

Seperti yang dilaporkan, bintang Thailand itu tiada niat untuk meninggalkan kelab namun sebaliknya mahu mendapatkan tempat dalam skuad utama Kawasaki Frontale musim ini.

Kawasaki Frontale kini peroleh satu kemenangan sahaja dalam dua perlawanan Liga, mungkin kehadiran semula Chanatip ke dalam skuad utama nanti bakal membantu memberi impak segera  untuk mengejar kejuaraaan Liga.

Advertisements

Chanatip Songkrasin dijangka membuat penampilan pertamanya pada 4 Mac ini bagi saingan Liga atau pada 8 Mac dalam saingan J-League Cup.