Kawin Kembali Ke Liga Thai, Sertai Port FC
Dunia
the bangkok post
Advertisements

Kelab gergasi Thailand, Port Authority FC sah menandatangani penjaga gol kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan secara pinjaman selama semusim. Perkara itu diumumkan dalam laman rasmi di Twitter skuad kebangsaan Thailand semalam.

Kini, Kawin masih lagi bersama kelab OH Leuven di Divisyen Pertama B Belgium dengan kontrak lima tahun. Kelab Oh Leuven dimiliki oleh King Power Group Thailand, yang juga antara pemilik di kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City dan beliau hanya bermain hanya 20 perlawanan bersama kelab Belgium itu.

Kemudiannya, kawin dipinjamkan ke kelab Hokkaido Consadole Sapporo yang beraksi dalam saingan liga utama Jepun (J1). Namun, beliau tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan tersebut.

Advertisements

Kawin Thamsatchanan akhirnya membuat debut pertamanya dalam saingan Piala Aff suzuki pada perlawanan akhir menentang Indonesia.

Kawin merupakan salah seorang penjaga gol terbaik Thailand pada generasinya suatu ketika dahulu, beliau memenangi empat kejuaraan Liga 1 Thailand bersama Muang Thong United dari 2009-2016.

Pasukan Port FC antara pasukan gergasi di Thailand dan kini duduk ditangga ke-4 dalam saingan liga utama thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram