Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Guilherme De Paula kini hilang dalam radar bola sepak apabila masih belum membuat sebarang penampilan rasmi bagi saingan bola sepak musim 2022.

Penyerang JDT tersebut bukan sahaja tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama, malah turut tiada namanya dibangku simpanan JDT. Dalam 3 perlawanan awal JDT iaitu sewaktu menentang KL City, Penang dan Sarawak United, JDT lebih gemar meletakkan Bergson sebagai penyerang utama.

Benjamin Mora dilihat memilih pemain dibahagian serangan seperti Hazwan Bakri, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah sebagai pemain simpanan berbanding De Paula.

Advertisements
paula malaysia Ke Mana De Paula 'Menghilang'?
Aksi De Paula bersama skuad Malaysia

Malah dalam panggilan skuad kebangsaan yang terbaru dibawah ketua jurulatih Kim Pan Gon, nama De Paula turut digugurkan. Ini berkemungkinan disebabkan penurunan prestasi beliau pada tahun lalu sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia.

Faktor lain pula adalah kerana gaya permainan De Paula berbeza dengan kehendak ketua jurulatih Malaysia yang dicanang bakal memupuk gaya permainan berintensiti tinggi dan bermentaliti dahagakan kemenangan.

De Paula menerima banyak kritikan daripada penyokong ketika beliau menyarung jersi Harimau Malaya kerana gaya permainan beliau yang kurang melakukan asakan dan larian terhadap pemain lawan.

Advertisements

Berbeza dengan rakan sepasukannya iaitu Mohamadou Sumareh yang turut dipinggirkan dalam kesebelasan utama JDT awal musim ini, Sumareh bagaimanapun disenaraikan oleh Kim Pan Gon dalam senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem kebangsaan. Selain Sumareh, seorang lagi pemain naturalisasi yang dipanggil ialah Liridon Krasniqi.

De Paula sewaktu sesi latihan JDT

Namun kelibat De Paula masih lagi kelihatan dalam sesi latihan pasukan JDT menerusi perkongsian media JDT. Penyerang JDT ini bakal menginjak usia 36 tahun pada November tahun ini. De Paula juga turut kelihatan sewaktu JDT meraikan kemenangan Piala Sumbangsih 2022 ke atas KL City baru-baru ini.

Dengan lambakan bintang diposisi serangan JDT seperti Bergson, Forestieri, Hazwan Bakri, Akhyar Rashid dan ramai lagi, De Paula perlu bekerja keras untuk memikat kembali hati Benjamin Mora dalam meraih lebih banyak penampilan bersama JDT.

Advertisements

De Paula setakat ini hanya berjaya menjaringkan satu gol bersama pasukan Malaysia iaitu menerusi sebuah sepakan penalti sewaktu Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram