Kecergasan Dua Bintang Utama Sabah Membimbangkan
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui resah dengan tahap kecergasan dua bintang utama mereka, Dominic Tan dan Stuart Wilkin.

Mereka merupakan sebahagian daripada Harimau Malaya yang mencipta kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan baru-baru ini.

Begitupun, kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan semasa menjalani tugas skuad kebangsaan.

Advertisements

Justeru, tahap kecergasan Dominic dan Stuart akan dinilai terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh beliau.

“Yang ini kita harus lihat dari segi kecergasan termasuk masalah kecederaan yang menimpa Dominic (Tan) dan Stuart (Wilkin).

“Kita masih lagi memiliki 24 jam bagi memastikan sama ada mereka ini dapat diturunkan atau tidak,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisements

Sabah berharap dapat meneruskan momentum kemenangan yang diraih ke atas Kelantan FC tempoh hari dengan menewaskan finalis Piala Malaysia 2023 itu.

Sabah bakal berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram