Kedah Jana RM2.6 Juta Hasil Jualan Tiket 2023
Liga Super
MakanBola
KDAFC
Advertisements

Sokongan padu penyokong mampu memberi hasil lumayan kepada sesebuah kelab bola sepak seperti yang disaksikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini, Kedah telah merekodkan jualan 135,352 tiket untuk 16 perlawanan semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) yang diadakan di Stadium Darul Aman.

Advertisements

Daripada 16 perlawanan itu, dua perlawanan mencatat rekod tertinggi jualan iaitu Terengganu FC (20,933 tiket) dan Selangor FC (20,894 tiket).

Sementara perlawanan menentang Negeri Sembilan FC mencatat jualan tiket paling sedikit iaitu 1,164 tiket.

Purata jualan tiket bagi setiap perlawanan ialah 8,459 tiket dengan hasil jualan mencecah RM2.6 juta.

Advertisements

Ini satu angka yang hebat kerana ini membantu Sang Kenari mendapatkan kedudukan ketiga dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Sokongan ini dijangka ditagih pengurusan Kedah bagi membantu mereka memburu slot kelayakan ke Asia pada musim depan selepas terlepas peluang melakukannya pada musim ini.

Kedah bakal mengakhiri kempen Liga Super musim 2023 dengan turun menentang Sabah FC pada 17 Disember ini.

News Comments Account