Kedah Sedang Jejaki Import Maghribi Yang Pernah Beraksi Di Qatar
Dunia
KDA FC / AFP
Advertisements

Kejutan demi kejutan telah dilakukan oleh Maghribi dalam kempen Piala Dunia 2022 di Qatar. Selepas menunjukkan jalan keluar kepada Sepanyol di peringkat 16 terakhir, kini Portugal pula disingkirkan oleh mereka di suku akhir.

Dengan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia, tidak mustahil kelab-kelab terkemuka akan melihat potensi pemain-pemain Maghribi ini.

Baru-baru ini, pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ada berkongsi mengenai usaha beliau untuk menjejaki pemain Maghribi bagi memperkuatkan pasukan Kedah musim hadapan.

Advertisements

“Sejak dua bulan yang lepas, saya sudah cuba menjejaki seorang pemain Morocco (Maghribi) yang pernah bermain di Qatar. Ada beberapa proses yang saya patut buat untuk pastikan pemain ini benar-benar fit dan layak bermain di Kedah.

“Saya memang rapat dengan rakan-rakan di Morocco yang mengendalikan beberapa akademi bola sepak di sana. Saya pun ada syarikat saya Amanie di Casablanca, Morocco bersama dengan rakan kongsi saya dari Morocco, seorang tokoh bisnes yang terkenal di sana,” coret beliau melalui status di laman Facebook.

Kedah yang akan dikendalikan jurulatih muda berbakat, Nafuzi Zain musim hadapan telah pun mengesahkan dua pemain baharu yang mempunyai penampilan antarabangsa. Pemain tersebut ialah Kalamullah Al-Hafiz di posisi penjaga gol dan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram