Kedah Juara MSSM B-18, Johor Raih Tempat Kedua
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Johor Darul Ta’zim (JDT) B-18 gagal meneruskan kejuaraan di peringkat akar umbi apabila satu lagi perlawanan akhir Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 untuk acara bola sepak pada Khamis malam.

Terdahulu, JDT telah meraih kejuaraan untuk kategori Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 15 Tahun (B-15). Lebih menarik, JDT menundukkan Selangor di pentas final pada pagi Khamis.

Skuad JDT B-12 menewaskan Selangor 2-1 di pentas final. Usaha Selangor B-15 menebus kekecewaan skuad B-12 musnah apabila tumbang 2-0 kepada lawan sama di peringkat akhir.

Selepas itu, skuad JDT B-18 pula tumpas di tangan pasukan Kedah B-18 dengan keputusan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar aksi.

MSS Kedah berjaya merampas tempat pertama dari juara edisi tahun lepas iaitu Terengganu selepas menewaskan negeri tersebut di peringkat separuh akhir.

Pada edisi terdahulu, MSS Kedah terkandas di peringkat kumpulan sekali gus menyaksikan kebangkitan luar biasa oleh negeri Hijau Kuning ini.

Selain itu, MSS Kedah B-12 menamatkan aksi kejohanan kali ini di peringkat suku akhir sementara B-15 meraih tempat ke-4.

Meskipun skuad JDT B-18 gagal meraih keputusan positif, pencapaian 2 lagi pasukan akademi JDT dapat membuktikan bahawa barisan akar umbi JDT mampu mempamerkan kecemerlangan setanding skuad senior Harimau Selatan kendalian Xisco Muñoz.

Malah, kejayaan tersebut turut menyerlahkan bahawa pelaburan jangka panjang JDT dalam program pembangunan akar umbi terus membuahkan hasil dari tahun ke tahun. Perkara itu turut diakui Ketua Pegawai Operasi (COO) merangkap Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

“Kejayaan dan dominasi yang dicapai Akademi JDT menjadi bukti bahawa program pembangunan jangka panjang yang kita laksanakan begitu kukuh dan berada di landasan yang tepat. Inilah yang diinginkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sejak tahun-tahun awal penubuhan JDT,” katanya.

JDT telah meraih 3 kejuaraan dalam kejohanan bola sepak tertinggi di Malaysia tahun ini selepas Harimau Selatan turut menumpaskan Selangor dalam perlawanan akhir untuk meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 pada 22 Ogos lalu di laman keramat Merah Kuning, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.