Kedah Hanya Kekalkan Lapan Pemain Hadapi Musim 2023
Dunia
KDA FC
Advertisements

Pasukan Liga Super Kedah Darul Aman FC (KDA FC) difahamkan telah membuat rombakan besar-besaran bagi menghadapi tiga kempen Liga Malaysia yang akan diharungi iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Selepas mengesahkan melepaskan kesemua pemain import musim 2022, sebentar tadi KDA FC mengesahkan hanya mengekalkan lapan pemain dari musim 2022 untuk dibawa ke musim 2023 di bawah pasukan kejurulatihan yang baharu.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh KDA FC di laman sosial Facebook mereka. Lapan pemain yang dikekalkan ialah Mohammad Fayadh, Amirul Hisyam, Rodney Celvin, Akmal Zahir, Mohd Aiman Afif, Ifwat Akmal, Fadzrul Danel dan Ariff Farhan.

Advertisements

Kesemua lapan pemain ini berbaki kontrak sehingga tahun 2023. Sementara itu, KDA FC juga turut mengumumkan bahawa 12 pemain tempatan telah dilepaskan. Pemain-pemain itu terdiri daripada Azmeer Aris, Khairu Azrin, Fikhri, Ilham Amirullah, Asnan Ahmad, Amirul Azhan, Amer Azahar, Syazwan Tajuddin dan Afeeq Iqmal.

Selain itu, tiga pemain berpengalaman turut dilepaskan iaitu Syazwan Zainon, Azamuddin Akil dan Shahril Saa’ri. Jika dibuat pengiraan, KDA FC telah melepaskan sejumlah 17 pemain musim 2022 termasuk lima pemain import.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram