Advertising
Kedah Mahu Kekal Beraksi Dalam Liga Super 2025/2026
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menzahirkan hasrat untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim 2025/26.

Hasrat itu dizahirkan pemegang saham majoriti pasukan itu, Tan Sri Dr Daud Bakar kepada media selepas Majlis Pengumuman Rakan Strategik Penjenamaan dan Pemasaran Kedah.

Ad

Musim 2024/25 menyaksikan masalah kewangan menyukarkan Sang Kenari untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.

Ad

Isu sama turut menyebabkan pasukan itu kehilangan ramai tonggak berwibawa seperti Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Jose Cleylton, Sony Norde dan Habib Haroon.

Sungguhpun begitu, Sang Kenari tetap berusaha menyelesaikan isu kewangan yang timbul bagi memastikan pasukan itu mampu memberi saingan dalam liga.

Ad

Atas sebab itu, Daud memaklumkan Kedah komited untuk terus beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Ad

“Kami bertekad dan komited untuk beraksi di musim akan datang dan di peringkat yang sama, Liga Super,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

Jawapan Daud memberi kelegaan kepada penyokong Kedah selepas timbul ura-ura beberapa pasukan tidak akan bersaing dalam Liga Super musim hadapan.

Majlis sama turut menyaksikan penyanyi terkenal, Black Hanifah dan pempengaruh terkemuka, CEO Batu dan CEO Biezy dipilih sebagai duta rasmi Kedah.

Kedah kini menduduki tangga ke-10 liga selepas mengharungi 17 perlawanan liga. Selepas ini, Sang Kenari akan menentang Negeri Sembilan FC pada 26 Februari.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments