Kedah Darul Aman telah mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain tunjang pasukan.
Khabar mengejutkan diterima oleh pasukan utara tanah air itu selepas kehilangan pengendali utama, Nafuzi Zain.
Jurulatih berusia 47 tahun itu telah membawa haluan baharu dan dilantik selaku pengendali baharu pasukan kebangsaan B-23 di bawah revolusi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Sang Kenari terus tempang bermula pada awal musim 2024/25 selepas kehilangan pemain seperti kapten pasukan, Habib Haroon yang melangkah pergi.
Pemergian itu disusuli oleh oleh dua penjaga gol utama Kedah iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang membawa jalan ke Selangor sementara Fikri Che Soh bersama Kelantan Darul Naim.
Sony Norde yang merupakan tonggak Kedah telah menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United manakala Cleyton turut ke Indonesia bersama Persis.
Kedah Darul Aman kini menghuni tangga ke-10 Liga Super dengan 20 mata tatkala saingan dikemudi oleh JDT dengan perbezaan 35 mata.
Negeri Sembilan bakal melayan kunjungan Kedah Darul Aman bagi aksi ke-20 liga pada 26 Februari di Paroi.