Kedah Makin Rancak, 11 Pemain Baru Perkuat Musim 2024/25
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman semakin rancak mempersiapkan skaud terbaik bagi menghadapi musim 2024/25 kelak apabila membawa masuk 11 pemain baru.

Skuad kendalian Nafuzi Zain jelas mahu memberikan tentangan hebat dalam saingan Liga Super musim hadapan setelah menamatkan saingan liga ditangga ke-4 pada musim lalu dibelakang JDT, Selangor dan Sabah.

Kedah membawa masuk 11 muka baharu dalam semua posisi termasuk penjaga gol, pertahanan, tengah dan juga bahagian serangan setelah sekatan perpindahan oleh FIFA sah ditarik balik.

Advertisements

Wan Mohd Syazmin kembali menyertai Kedah setelah penjaga gol itu beraksi buat pasukan Sri Pahang pada musim lalu.

Dibahagian pertahanan, Kedah diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain berpengalaman iaitu Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria serta bek tengah dari Brazil, Cleylton yang baru sahaja diumumkan selaku pemain baharu Kedah.

Manakala dibahagian tengah, seramai 4 muka baharu bakal menghiasi pasukan Sang Kenari iaitu Hasbullah Abu Bakar, Sony Norde, Habib Haroon dan Faiz Nasir.

Advertisements

Kedah turut menampilkan 3 pemain serangan baru untuk musim hadapan iaitu Syafiq Ahmad, Milos Gordic dan Afeeq Iqmal.

Kepulangan semula Syafiq Ahmad bakal menambahkan lagi bisa serangan Kedah diikuti pemain berpengalaman dari Serbia, Milos Gordic serta bekas pemain muda Kedah, Afeeq Iqmal.

Kemasukan besar-besaran pemain baru ini jelas membuktikan Kedah serius dalam merebut kejuaraan liga bagi musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram