Kedah & Perak Nyatakan Minat Tukar Rumput Zeon Zoysia
MakanBola
Ijoy10/CC BY-SA 4.0
Sponsors

Susulan inisiatif penggantian rumput Zeon Zoysia yang dicanang Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelbagai reaksi diterima ramai pihak. Terbaru, dua negeri di sebelah utara iaitu Kedah dan Perak berminat melaksanakan inisiatif tersebut.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Ini berdasarkan dua surat yang dihantar dua kerajaan negeri itu kepada pejabat kementeriannya baru-baru ini.

Ad

Begitupun, beliau mahu mengambil kira maklum balas semua negeri terlebih dahulu menerusi mesyuarat kedua bersama Exco-Exco Belia dan Sukan Negeri. Ini bagi memudahkan penyelarasan inisiatif penggantian rumput untuk negeri-negeri yang berminat dapat dibuat dengan licin.

Ad

“Kita sudah terima dua surat, satu daripada kerajaan negeri Kedah. Satu lagi daripada kerajaan negeri Perak. Dan saya akan panggil mesyuarat kedua untuk semua Exco (Belia dan Sukan Negeri) untuk kita bincangkan isu ini.

“Dan saya juga nak dapatkan ketetapan daripada negeri lain yang mungkin kata tak nak supaya kita nak minitkan dan bincang ‘the next phase’,” katanya kepada Astro Arena selepas mengadakan lawatan ke Persatuan Kriket Malaysia di Bayu Emas Sports Complex di Klang, Selangor semalam.

Ad

Hannah turut mengingatkan kepada negeri-negeri yang berminat agar menambahbaik infrastruktur stadium sedia ada termasuk sistem saliran terlebih dahulu. Ini bagi memastikan proses penggantian rumput yang dijalankan kelak berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ad

“Kalau ada negeri yang nak seperti yang kita katakan, infrastruktur seperti saliran (dalam keadaan) OK. Kalau itu tak OK, dia mesti ganti terlebih dahulu sebelum kita beri dana penggantian rumput,” tambahnya.

Ad