“Stadium Di Setiap Negeri Ditawarkan  Rumput Zeon Zoysia” – Hannah Yeoh
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui ada usaha untuk menaik taraf rumput yang digunakan di setiap negeri kepada rumput jenis Zeon Zoysia.

Beliau yang ditemui semasa sesi latihan skaud Malayan Tigress itu berkata, pihaknya iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberikan tawaran kepada pihak exco sukan negeri berkenaan perkara ini.

“Saya ada memberikan cadangan penawaran geran padanan dan menawarkan untuk memilih satu stadium bola sepak yang mereka mahu naik taraf padang dengan rumput Zeon Zoysia.”

Advertisements

“Naik taraf padang dilakukan oleh KBS dengan pemberian kos penanaman rumput tetapi penyelenggaraan padang setiap bulan perlulah ditanggung oleh kerajaan negeri.”

Beliau bagaimanapun masih menanti maklum balas berkenaan daripada setiap negeri berhubung dengan penawaran tersebut.

Setiap negeri pula perlulah menyelenggara stadium yang dipilih itu termasuklah berhubung dengan sistem saliran dan sebagainya.

Advertisements

“Selepas semuanya selesai barulah proses penanaman rumput akan dilakukan dan mereka perlu menjaganya pula.”

“Bukan semua negeri mampu dan bukan semua negeri nak rumput ini (Zeon Zoysia).”

Usaha ini juga bagi memastikan setiap negeri mempunyai stadium dengan keadaan rumput yang terbaik bagi kegunaan pelbagai kejohanan bola sepak di Malaysia.

Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim menjadi satu-satunya stadium yang menggunakan rumput jenis ini di Malaysia setakat ini dengan usaha menaik taraf beberapa buah stadium sedang dijalankan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram