Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon
Transfer
KDA FC
Advertisements

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon.

Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali di Liga Malaysia ketika bersama Terengganu FC.

Advertisements

“Dengan kreativiti beliau di bahagian tengah, tidak hanya membuat umpanan berbahaya kepada rakan tetapi turut menghasilkan gol dari sudut sukar.

“Pemain berusia 23 tahun ini memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim 2024/25 sekaligus penyatuan semula dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang turut mengendalikan Terengganu FC sebelum ini.

“Khidmat Habib akan memperkuatkan bahagian tengah Sang Kenari dengan rangkaian pemain tempatan yang lain,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Perpindahan ini menyaksikan beliau bukan saja kembali bekerjasama dengan bekas jurulatih Peteh, Nafuzi Zain.

Malah, Habib bakal bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukan dari Terengganu, Faiz Nasir. Faiz melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Sang Kenari baru-baru ini.

Kehadiran Habib dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain tengah Filipina, Manuel Ott. Ott memilih meninggalkan Kedah dan kembali menyertai Terengganu.

Advertisements

Sepanjang tiga musim bersama skuad Peteh, beliau merekodkan 69 penampilan, tiga gol dan empat bantuan jaringan mengikut data Transfermarkt.

Habib bakal tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada jam 2.30 petang ini dan akan disambut oleh barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram