Dua pasukan Liga Super, Selangor dan Sabah berada pada kedudukan teratas anugerah penalti bagi saingan musim 2024/25.
Berdasarkan catatan statistik oleh MakanBola, terdapat 12 daripada 13 pasukan Liga Super telah diberikan. anugerah sepakan penalti pada musim ini.
Selangor dan juga Sabah masing-masing dianugerahkan tiga sepakan penalti sekaligus menjadi pasukan tertinggi diberikan penalti setakat inu.
The Red Giants memperoleh masing-masing satu sepakan penalti menentang Kelantan Darul Naim, Penang dan juga Perak.
Sabah pula dihadiahkan peluang tersebut ketika menentang Negeri Sembilan, JDT dan juga Kuching City FC.
6 pasukan Liga Super dianugerahkan dua sepakan penalti setakat ini iaitu JDT, Terengganu, Kuching City, Penang, Perak dan KL City.
Satu pasukan lagi iaitu Kedah Darul Aman masih belum menerima sebarang sepakan penalti sehingga aksi ke–8 Liga Super 2024/25.