Liga Super
Kedah Darul Aman FC / Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketika banyak mata yang tertumpu kepada perebutan kasut emas Liga Super 2023, ramai yang tidak menyedari saingan sengit dalam carta penyumbang bantuan gol terbanyak setakat ini.

Sehingga kini, bantuan gol terbanyak adalah milik bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dengan 11 bantuan gol setakat ini.

Kedudukan itu masih belum selamat buat Arif Aiman apabila pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo mengekori rapat di tangga kedua dengan 10 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Di tempat ketiga adalah pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani yang mengumpul 8 bantuan gol. Jumlah tersebut adalah sama dengan pemain yang berada di tangga keempat iaitu pemain import Selangor FC, Yohandry Orozco.

assist liga super Kedudukan Arif Aiman Dicabar Manuel Hidalgo
Carta bantuan gol setakat ini.

Dengan liga hampir tiba ke penghujung dan berbaki 3 perlawanan, kedudukan carta bantuan gol ini dijangka berubah memandangkan kedudukan keempat-empat pemain ini adalah sangat rapat.

Pada musim lalu, Arif Aiman merupakan penyumbang bantuan gol terbanyak dengan 10 bantuan gol diikuti Petrus Shitembi dengan 9 bantuan dan Faisal Halim dengan 8 bantuan gol. Manuel Hidalgo yang pada musim lalu beraksi untuk Sri Pahang mengumpul 7 bantuan gol untuk berada di tangga keempat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram