Kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menurun selepas seri berdepan Buriram United.
Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan keputusan seri kedua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) berdepan Buriram United dengan keputusan 0-0.
Aksi panas antara dua pasukan Asia Tenggara itu berkesudahan dengan keputusan seri itu dihangatkan dengan tiga layangan kad merah dan 4 kad kuning buat kedua-dua kelab tersebut.
Skuad Harimau Selatan kini menghuni tangga ke-6 dengan 8 mata manakala Buriram United di tangga kelapan dengan jumlah mata sama.
JDT merekodkan dua kemenangan berdepan Shanghai Shenhua dan Ulsan manakala tewas dua kali masing-masing kepada Gwangju dan juga Shandong Taishan.
Perebutan tangga teratas antara tiga pasukan iaitu Yokohama FM, Gwangju dan juga Vissel Kobe masing-masing dengan 13 mata selepas 6 aksi.
JDT juga hanya berjaya merekodkan 9 jaringan dan bolos 6 kali tatkala pasukan lain seperti Yokohama (20), Gwangju (13) dan Pohang Steelers dengan 11 jaringan.
Ujian berikutnya buat anak buah Bidoglio adalah menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari 2025 di tempat lawan.