Advertisement
Tunku Ismail Kesan Kelemahan JDT Berdepan Buriram United
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengesan kelemahan JDT berdepan Buriram United.

Jaguh Malaysia itu turun beraksi di laman sendiei namun hanya terpaksa berpuas hati apabila berkongsi mata menentang Thunder Castle.

Skuad kendalian Hector Bidoglio dilayangkan dua kad merah sambil Buriram turut menerima satu layangan kad merah yang menjejaskan rentak kedua-dua pasukan.

Baginda dalam satu kenyataan telah mengesan beberapa kesilapan pasukannya sambil mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan sentuhan sebenar JDT.

DYAM Tunku Ismail menganggap bahawa pasukannya tidak bernasib baik tatkala beberapa kelemahan utama jelas terpapar.

“Nasib tidak baik, hanya melihat bola. Kesilapan bodoh dan satu mata. Nasib baik tak kalah.

“Apa-apa pun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya.

Baginda juga memaklumkan bahawa pihaknya serta barisan kejurulatihan telah mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki menjelang aksi berikutnya.

“Saya pun sudah kenal pasti apa perlu saya, jurulatih, dan kelab buat untuk menambah baik pasukan ini,” katanya menerusi satu perkongsian di laman sosial.

JDT kini menghuni tangga keenam dengan 8 mata berbaki dua perlawanan dengan Central Coast Mariner bakal menjadi ujian ketujuh pada bulan Februari depan.