Ads
Keghairahan Luka Milunovic Bawa Padah Buat Perak
Liga Super
Perak FC

Keghairahan pemain Perak FC, Luka Milunovic dalam meraikan jaringannya ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) membawa padah.

Advertisements

Ini kerana, pemain Serbia itu dilaporkan mengalami kecederaan selepas meraikan gol dan ianya membimbangkan jurulatih Perak, Yusri Che Lah.

Advertisements

Bagi Yusri, Milunovic sangat komited dengan pasukan namun mungkin keghairahan beliau menjaringkan gol membuatkan beliau mengalami kecederaan hamstring.

Advertisements
Advertisements

“Dalam dua perlawanan terakhir, saya nampak beliau (Milunovic) agak komited dengan pasukan dan memberikan saya lebih pilihan untuk beraksi. Sebelum beliau menjaringkan gol, saya amat berharap beliau dapat tampil 90 minit.

“Tetapi mungkin keghairahan keraian gol mengakibatkan (cedera) hamstring. Saya amat-amat risau dengan kecederaan yang dialami sekarang ni,” luah Yusri Che Lah dalam sidang media yang dikongsikan TBG TV.

Advertisements

Luka Milunovic menjadi wira pasukan Perak selepas jaringan tunggalnya berjaya menoktahkan badi di laman sendiri selama ini dengan kemenangan 1-0 menewaskan KL City.

Advertisements

Lebih manis lagi, jaringan tersebut merupakan jaringan pertamanya bersama Perak untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram