Kehadiran Merosot Di Larkin: TMJ Luah Perasaan Kecewa Di Instagram

August 3, 2019

Melalui beberapa hantaran Story Instagram milik TMJ @hrhcrownprinceofjohor , TMJ jelas kecewa dengan jumlah kehadiran penyokong di Larkin.

IG: @hrhcrownprinceofjohor

Larkin menerima kemerosotan jumlah penyokong sejak transformasi JDT 6 tahun lepas.

loading...

Jika dulu penyokong dari luar Johor Bahru tidak berani datang ke Larkin berikutan jualan tiket yang cepat habis, kini suasananya amat berbeza.

Gambar perbezaan jumlah penyokong yang dimuat naik oleh laman Facebook ROTP.

JDT berjaya menewaskan UITM 3-1 di Larkin semalam namun kehadiran penyokong ke stadium amat mengecewakan.

Sementara itu laman ROTP membuat satu artikel yang mempersoalkan tindakan penyokong JDT yang tidak hadir ke stadium menyaksikan perlawanan dan menerima lebih 200 komen dari peminat bola sepak Malaysia.

IG: @hrhcrownprinceofjohor

TMJ yang jelas kecewa dengan jumlah kehadiran penonton juga seolah-olah memberikan bayangan akan meninggalkan JDT.

“Ianya sesuatu yang amat membanggakan dan bermakna untuk tempoh 6 tahun ini.” Jelas TMJ melalui hantaran IG Storynya disamping kata-kata dengan istilah Selamat Tinggal.

Walaubagaimanapun kami berharap Tuanku bersabar manakala penyokong kembali memenuhi stadium demi kebaikan bersama.

553 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

loading...