Kehilangan 5 Tonggak Utama Tak Jejaskan Rencana Terengganu FC
Dunia
TFC
Advertisements

Selepas kehilangan 3 pemain tempatan susulan mendapat panggilan menyertai kem kebangsaan, Terengganu FC juga terpaksa akur dengan ketiadaan lima tonggak utama yang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan latihan menjelang aksi pertama Liga Super.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh bersikap positif dan yakin dengan barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi yang dilihat sudah membuat perancangan kedua untuk pasukan bagi mengharungi perkara sebegini.

Dalam pada itu, Ab Rasid turut menjelaskan perancangan tersebut sudah pasti akan menggantikan mereka dengan pemain import yang mampu memberi komitmen lebih baik untuk pasukan.

Advertisements

“Ketiadaan lima pemain itu sudah pasti sedikit sebanyak menjejaskan perancangan latihan barisan jurulatih menjelang aksi pertama Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,” ujarnya.

“Bagaimanapun kami akur dengan situasi itu dan percaya barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi sudah pun bersiap sedia selain membuat perancangan awal menghadapi perkara ini kerana ianya terkandung dalam kalendar FIFA.”

“Malah kami percaya barisan kejurulatihan sudah pasti akan menggunakan khidmat pemain import daripada pasukan Terengganu FC II (TFC) seperti Jordan Mintah, Luke Woodland, Argzim Redzovic ataupun Petrus Shetembi,” katanya.

Advertisements

“Begitu juga dengan tiga pemain tempatan, apa yang kami harapkan mereka mampu memberikan impak lebih baik apabila kembali bersama skuad TFC nanti lagipun misi kita adalah untuk memperbaiki rekod lebih baik berbanding musim lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Terengganu FC juga akur dengan aksi kedua Liga Super TFC bertemu Negeri Sembilan FC pada 9 Mac dan aksi pusingan pertama Piala FA juga bertemu skuad NSFC pada 13 Mac yang terpaksa dibatalkan dan ditunda ke tarikh lain apabila terdapat pemain pasukan lawan yang telah dijangkiti Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram