Pertembungan yang melibatkan pasukan Kelantan FC menentang Perak FC dihiasi dengan insiden aneh dan panas yang melibatkan pemain kedua-dua pasukan.
Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan ini sedikit tegang apabila ada cubaan daripada pemain Perak untuk melakukan provokasi.
Selepas anak didik Yusri Che Lah selesa mendahului sehingga minit ke-85, terdapat cubaan oleh pemain import Perak, Sunday Kolawole Afolabi yang bertindak untuk memanaskan lagi keadaan.
Ketika pasukan pelawat memperoleh sepakan sudut, beliau yang berada dalam kawasan penalti itu sedang bersorak ke arah penonton Perak yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Walau bagaimanapun, beliau secara tiba-tiba ‘bertukar’ sungguhpun hanya ada sentuhan sedikit oleh pertahanan Kelantan, Abdul Latiff Suhaimi.
Subday dengan secara tiba-tiba bergolek di atas padang tanpa henti bagi meraih perhatian pengadil perlawanan.
Namun begitu, ia seolah-olah berlebihan tatkala cubaan ini juga dianggap hanyalah sebagai salah satu cara untuk melengahkan permainan.
Pada perlawanan ini, gol tuan rumah dijaringkan oleh Jasmir Menhat sebelum gol Wan Zack Haikal dan juga jaringan sendiri Khairul Helmi menyebabkan Kelantan terlepas peluang untuk memungut 3 mata.