Liku Bola Sepak Malaysia Diabadikan Oleh Filem Harimau Malaya: The Untold Journey
Hiburan
Faris/MakanBola
Advertisements

Selepas kejayaan filem Ola Bola pada 2016, satu lagi filem genre sejarah sukan bakal menggamit memori rakyat Malaysia iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey.

Secara ringkas, filem terbitan 4Ward Pictures Sdn. Bhd. ini berkisar tentang perjalanan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia 2023.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah dan penulis skrip terkenal, Dato’ Afdlin Shauki ini dilihat berbeza kerana ia menyentuh perspektif pemain, penyokong atau Ultras Malaya dan individu belakang tabir yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Advertisements

Bagi penerbit eksekutif Nashrul Nasir, filem ini dilihat sebagai tanda penghargaan kepada Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

“Kami percaya ada banyak kisah inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya: The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan pada Januari 2022.

Advertisements

“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, sejarah dan kesukanan yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya: The Untold Journey adalah sebuah karya yang wajib tonton.

“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kamu mahu menumbuhkan patriotisme lebih segar terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” katanya.

Advertisements

Afdlin yang sebelum ini dikenali menerusi filem seperti Buli, Baik Punya Cilok dan Papadom melihat Harimau Malaya: The Untold Journey sebagai satu bentuk penghormatan beliau kepada negara.

“Selaku rakyat Malaysia, saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya: The Untold Journey.

Advertisements

“Ini bukan sahaja kerana mahu ada mahakarya dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta,” ujarnya.

Filem ini bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Nur Fazura, Fattah Amin, Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson, Namron, Tony Eusoff, Khir Rahman, Azhar Sulaiman, Douglas Lim dan Bell Ngasri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram