Kejuaraan AFF Suzuki 2010 Berjaya Ubah Landskap Bola Sepak Negara
Dunia
The Star
Advertisements

Dalam satu temubual eksklusif di rancangan bola@mamak tempoh hari, Shahrom Kalam telah berkongsi serba serbi mengenai kisah dan sejarah kejayaan skuad Harimau Malaya pada tahun 2010.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan Harimau Malaya ketika itu, Shahrom Kalam menyatakan bahawa kejayaan skuad negara pada tahun tersebut telah berjaya mengubah landskap dunia bola sepak tempatan.

“Sebenarnya pasukan yang juara pada 2010 ni dapat ubah landskap bola sepak Malaysia kita. Jadi pemain-pemain dalam pasukan liga perlu berterima kasih kepada skuad 2010 ini.”

Advertisements

Mengulas lanjut Shahrom Kalam berpendapat bahawa selepas kejayaan Harimau Malaya menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010, arena bola sepak tempatan mempunyai peningkatan dari segenap aspek. Perubahan-perubahan ini hingga kini berjaya dikekalkan dan sukan bola sepak sekaligus mendapat sambutan hangat penyokong di Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan itu turut menjelaskan bahawa dari sudut gaji dan pentadbiran sesebuah pasukan juga berubah pada tahun-tahun berikutnya. Kebajikan pemain lebih teratur dan dijaga. Ada peningkatan gaji dan penambahbaikkan struktur pentadbiran pasukan.

“Apa yang saya katakan tukar landskap adalah dari sudut tanda gaji berubah, organisasi pasukan dah berubah dan pemain-pemain kita pula dipandang. Jadi itu sebenarnya yang patutnya kita sebagai pemain ini menghargai pengorbanan pasukan 2010 ini.”

Advertisements

Skuad Harimau Malaya berjaya menjulang trofi kejuaraan AFF Suzuki pada tahun 2010 selepas anak buah K. Rajagopal ketika itu menundukkan skuad Indonesia dalam perlawanan akhir dengan agregat 4-2. Kejayaan yang terpahat itu sehingga hari ini terus dikenang arena bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram